WARTAMANDAILING.COM, – Syeikh Muhammad Mukhtar Atharid (Maha Guru Ulama Nusantara dari Bogor, ulama besar di Mesjidil Haram Mekkah pada masa Negara Saudi dibawah pemerintahan yg ber aqidah Sunni Asy’ari).

Haromain (Mekkah-Madinah) pada waktu itu terdapat sekurang-kurangnya dua ulama Nusantara asal Bogor yang menguasai banyak bidang disiplin ilmu agama dan menjadi rujukan ulama dan pelajar lainnya. Ketiganya disamping kelahiran Bogor, juga mempunyai hubungan guru-murid ketika berada di Mekkah-Madinah.

Yang pertama, ialah ulama yang diriwayatkan ini, nama lengkap beliau ialah Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid al-Bughuri al-Batawi al-Jawi. Lahir di Bogor, Jawa Barat, pada hari Kamis (14 Syaban 1278 H/14 Februari 1862 M). Beliau wafat di Mekkah, petang Ahad (17 Shafar 1349 H/13 Julai 1930 M). Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 28 tahun, mulai 1321 H/ 1903 M hingga tahun 1349 H/1930 M.

Yang kedua, adalah Syekh Muhammad Ahyad alBughuri, yang lahir di Bogor pada tanggal 21 Ramadlan 1302 H (1884) dan dimakamkan di Mala pada tanggal 9 Safar 1372 H (1952 M).


Sungguh pun Syekh Mukhtar Bogor menguasai banyak bidang disiplin ilmu termasuk ilmu-ilmu hadis, dan sering dibicarakan terutama oleh golongan tajdid, namun dalam fiqh beliau tetap berpegang dengan Mazhab Syafii, pengikut setia mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah (Imam Abu Hasan al-Asyari dan Imam Abu Manshur al-Maturidi). Dalam tasawuf tetap berpegang kukuh dengan imam-imam kaum sufi yang muktabar seperti Imam Abu Qasim Juneid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali dan lain-lain.

PENDIDIKAN

Beliau memperoleh pendidikan dari orang tuanya sendiri, terutama dalam ilmu al-Quran sekaligus beliau hafiz kitab suci Islam itu. Pada tahun 1299 H/1881 M melanjutkan menuntut ilmu ke Betawi/Jakarta, belajar kepada al-`Allamah al-Habib Utsman bin Aqil bin Yahya, Mufti Betawi. Melalui ulama keturunan Rasulallah SAW tersebut Syekh Mukhtar hafal bermacam-macam matan-matan ilmu, antara lain : Matn al-Milhah, Matn al-Alfiyah dan Matn al-Qathar semuanya dalam bidang ilmu nahu; Matn al- Ghayah wa at-Taqrib, Matn al-Irsyad, Matn az-Zubad semuanya dalam fikh dan termasuk juga akidah. Ketika belajar di Betawi juga, Syekh Mukhtar telah mahir dalam riwayat-riwayat ilmu Qiraat.

Ulama-ulama yang pernah mengajar Syekh Mukhtar dan bersanad, yang beliau sebut dalam tulisannya, ialah: Sayyid Muhammad Amin bin Sayyid Ahmad ar-Ridhwan al-Madani, Sayyid Abu Bakri Syatha dan saudaranya Sayyid Umar Syatha, Sayyid Abdul Karim an-Naji ad-Daryandi, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Mushthafa Afifi, Syeikh Muhammad Zainuddin al-Jawi as-Sumbawi, Syeikh Muhammad al-Minsyawi, Sayyid Umar as-Syami, Sayyid Husein al-Habsyi, Sayyid Yusuf an-Nabhani, Sayyid Muhammad bin Jaafar al-Kattani dan Syeikh Abdul Qadir al-Halabi.

Ada beberapa buah kitab yang dikhatamkan Syekh Mukhtar di bawah bimbingan Syeikh Ahmad al-Fathani, kitab-kitab itu ialah Fathul Muin dan syarahnya Ianatuth Thalibin. Kedua-dua kitab itu adalah mengenai fikh yang sekaligus Syekh Mukhtar belajar juga kepada Sayyid Abu Bakri asy-Syatha, yaitu pengarang kitab Ianatuth Thalibin. Kitab fikh Mazhab Syafiie yang utama seperti Tuhfah dan Nihayah, Syekh Mukhtar juga belajar kepada Sayyid Abu Bakri asy-Syatha. Syekh Mukhtar juga secara langsung khatam dua buah kitab karya gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, yaitu Tashil Nail al-Amani tentang nahu dalam bahasa Arab dan kitab Faridatul Faraid tentang akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah dalam bahasa melayu.

Mengenai ilmu hadis terutama kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Syekh Mukhtar belajar dari awal hingga akhir kedua-dua kitab itu kepada Sayyid Husein bin Sayyid Muhammad al-Habsyi. Dalam bidang ilmu tafsir pula Syekh Mukhtar belajar kepada Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Sayyid Husein bin Sayyid Muhammad al-Habsyi dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki juga sekaligus guru dari Syeikh Ahmad al-Fathani.

MENGAJAR

Dalam catatan sejarah Syekh Mukhtar Bogor adalah seorang yang sangat rajin belajar, mengajar, membaca dan sangat kuat beramal. Praktik mengajar dilakukan di Masjid al-Haram dan di rumah beliau sendiri. Mengajar di Masjid al-Haram dilakukan antara Maghrib dan Isyak. Dan sesudah Isyak disambung lagi. Yang hadir ketika beliau mengajar di dalam Masjid al-Haram sekitar 400 orang yang terdiri dari para pelajar dan termasuk para ulama.

Biasanya beliau mengajar sesudah Subuh, jika di rumah, ialah ilmu nahu, ilmu sharaf dan balaghah. Sesudah Asar mengajar kitab Ihya Ulumid Din karangan Imam al-Ghazali. Pelajaran yang singkat tentang ilmu falak dan miqat dilaksanakan pada hari Selasa, yaitu mengajar kitab karya beliau sendiri.

Selain melakukan zikir dan doa berjemaah Syekh Mukhtar Bogor memang dikenali sebagai seorang yang zahid, banyak melakukan ibadat, banyak membaca selawat atas Nabi s.a.w, banyak membaca al-Quran dan lain-lain sejenisnya. Sungguhpun Syekh Mukhtar Bogor berkekalan membaca al-Quran sebagai amalan, namun beliau masih mampu mengamalkan zikir-zikir jenis Thariqat Qadiriyah dan Thariqat Naqsyabandiyah.
Di antara murid-murid Syekh Mukhtar Bogor yang menjadi ulama besar yang mendapat tempat dalam masyarakat ialah:

1 – Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang),
2 – Tengku Mahmud Zuhdi (Syeikh al-Islam Selangor),
3 – Sayyid Muhsin bin Ali al-Masawi (pengasas Madrasah al-Ulumid Diniyah, Mekah),
4 – KH. Ahmad Dimyathi bin Abdullah at-Tarmasi (adik Syeikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi yang sangat terkenal),
5 – KH. Hasyim al-Asyari (penggagas dan pendiri Jamiyah Nahdhatul Ulama),
6 – KH. Manshur bin Abdur Rahman Bogor al-Batawi (menurut penuturan ajengan/kyai, K.H. Manshur mendirikan pesantren dan wafat di Desa Sukaraja, Bogor)
7 – Sayyid Muhammad Ahyad bin Idris Bogor (sekaligus menantu dari Syekh Mukhtar Bogor),
8 – Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani (Padang),
9 – Syekh Guru Haji Muhammad Zain bin Tama Kajang (1324 H/1908 M 1413 H/ 1992 M)
10 – Syekh Guru Haji Hasyim (Pimpinan Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan),
11 – Syekh Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman (Pimpinan Pondok Lubuk Tapah, Kelantan).

KARYA TULIS

Syeikh Muhammad Mukhtar Bogor menghasilkan karya yang tersebar berupa manuskrip maupun cetakan dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Yang telah diketahui dan dijumpai adalah sebagai berikut :

1 – Taqribul Maqshad fil Amali bir Rub`il Mujaiyab, diselesaikan hari Khamis, 15 Syaaban 1308 H. Kandungan membicarakan ilmu falakiyah. Cetakan kedua Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1331 H. Dicetak juga oleh Mathbaah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Jumadil Awwal 1347 H. Selain cetakan sebuah manuskrip salinan yang ditemui, pada akhir salinan dinyatakan, Saidi wa Ihsan Haji Abdur Rahman bin al-Haji Ibrahim Khathib Melabuh al-Jawi min ahali al-Juhur Baharu. Maksudnya Saidi dan Ihsan bin Haji Abdur Rahman bin Haji Ibrahim, Khathib Melabuh yang berasal dari kekeluargaan Johor Bahru. Salinan telah dilakukan pada tengah hari Rabu, 15 hari terakhir bulan Rejab 1313 H.

2 – Ushuluddin Itiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, diselesaikan hari Khamis, 24 Zulkaedah 1323 H. Kandungan membicarakan akidah, sifat dua puluh. Dicetak oleh Mathbaah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1330 H.

3 – Ar-Risalatul Wahbatil Ilahiyah fi Bayani Itsqati maa al Mayyiti minal Huquqi was Shiyam was Shalati, diselesaikan malam Ahad, 2 Muharram 1327 H. Kandungan membicarakan fidyah sembahyang, puasa dan lain-lain. Dicetak oleh Mathbaah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1330 H. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani.

4 – As-Shawaiqul Muhriqah lil Auhamil Kazibah fi Bayani Hillil Baluti war Raddu `ala man Harramahu, diselesaikan: Malam Senin, 8 Muharram 1329 H. Kitab ini mengupas dan menjelaskan tentang hukum boleh makan belut. Dicetak oleh Mathbaah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1329H

5 – It-hafus Sadatil Muhadditsin bi Musalsalatil Ahaditsil Arbain, diselesaikan: 8 Rabiul awwal 1345 H. Kitab ini membicarakan tentang sanad/silsilah keilmuan dan amaliyah. Dicetak oleh Mathbaah Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Mesir, Jumadil awwal 1345 H Ditashhih oleh Syeikh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.

6 – Khutbah al-Jumat, tidak terdapat keterangan tahun penulisan. Kitab ini berisi Khutbah Jumat, khutbah yang pertama dan khutbah yang kedua.

7 – Kitab ad-Durril Munif fi Syarhil Wirdil Lathif, tidak terdapat keterangan tahun penulisan. Kandungan kitab ini membicarakan wirid, zikir, doa, dan lain-lain. Cetakan yang pertama Mathbaah at-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah, atas kedermawanan pemiliknya Muhammad Majid al-Kurdi al-Makki, 1330 H.

8 – Mukhtashar Kitab ad-Durril Munif fi Syarhil Wirdil Lathif, tidak terdapat tahun penulisan. Kandungan kitab ini membicarakan wirid, zikir, doa, dan lain-lain. Dicetak oleh Mathbaah al-Arabiyah, Mekkah, 13/2/1352. Pada halaman 7 pengarang mencatat bahwa syarah kitab ini dicetak pertama kali di Mekah tahun 1330 H dan cetakan yang kedua, tahun 1345 H di Mesir. Bahwa beliau telah mencantumkan 30 hadis berserta syarahnya di dalam kitab tersebut.

Wafat

Syekh Raden Muhammad Mukhtar bin ‘Atharid al-Bughuri al-Batawi al-Jawi al-Makki meninggal dunia di Makkah pada 17 Safar 1349 atau 13 Juli 1930 M. Alfatihah

SUMBER :

  • Mendengar langsung dari almaghfurlah KH. Ahmad Zaini Dahlan Babakan Fakultas (murid langsung KH. Mashur Sukaraja), KH. Adang Abdullah Kedung Halang Bogor (cucu Syekh Ahyad alBughuri, saat ini beliau masih hidup) dan Tuan guru Muhammad Nuruddn Marbu Al Banjari alal Makki (Ma’had Azzen, Ciampea Bogor)
  • BukuAizid, Rizem (2016). Biografi ulama Nusantara : disertai pemikiran dan pengaruh mereka. Banguntapan, Yogyakarta: Diva Press. hlm. 320.
  • Al-Bughuri, Syaikh Muhtar ‘Atharid (2017). Kitab belut Nusantara. Panggungharjo, Sewon, Bantul. Yogyakarta: CV. Global Press.
  • Sya’ban, A. Ginanjar (2017). Mahakarya Islam Nusantara : kitab, naskah, manuskrip, dan korespondensi ulama Nusantara